Wednesday, August 11, 2010

Ya Ramadhan Kareem!

Hari ni iolls pergi cucuk untuk kegatalan yang teramat sangat sejak 3-4 hari lepas. Cucuk jauh nun di Kulim sana. Setelah iolls gigih mengoogle mana klinik pakar kulit yang bagus, Klinik Arun di Kulim menjadi pilihan hati. Juga disebabkan bff iolls juga mendapatkan rawatan cucuk disana.

Cucuk tak rasa sakit. Cuma iolls terkejut sikit. Bff iolls cakap cucuk bontot tetapi sebenarnya cucuk dibawah pinggang. I olls dont think that area is the bontot yet. Anyways, iolls kena pantang sebulan ni. Hopefully berpantang ni juga boleh bagi iolls kurus lah. Iolls tak larat nak bawak badan dah ni.

Senarai benda sedap yang iolls kena pantang, sedih tetapi harus ...

Telur, ikan kembung, ikan pari, ikan bilis, kerang, sotong. ayam, udang, daging lembu, cempedak, rambutan, durian .. setakat ini saja yang iolls dapat ingat.

Sedih kan? Apakah yang iolls harus makan selepas ni? Iolls cuma makn koey teow tadi. Walaupun masih lapar dan walaupun tak sesedap seperti nasi ayam budu tapi iolls kena sabar dan bersyukur ada jugak makanan dari tak ada apa apa. Bulan Ramadhan ni kena banyak bersabar kan uolls?

Walaupun iolls kena pantang permakanan tapi iolls gigihkan diri jugak membuat private event di FB untuk gathering sahur bersama sama kawan kawan iolls kat kedai feberet iolls iaitu tak lain dan tak bukan kedai nasi budu iolls. Kawan kawan yang baru makan sekali pun dah tersangkut. Iolls juga tengah menulis entry ni sambil mengenangkan ayam gorengnya yang sedap.

Itu ditepi, iolls juga besar kemungkinan akan ke bandar Kuala Lumpur minggu hadapan bersama sama bff iolls untuk gathering berbuka bersama sahabat handai di sana. Last year weolls berbuka di hotel JW Marriot. Banyak pilihan makanan yang sedap sampaikan weolls tak larat makan. Harganya dalam RM60 plus. Lebih kurang 100 pilihan makanan.

Mari tengok gambar gambar weolls ketika menjamu selera di sana tahun lepas

Cucur badak itu yang paling sedap

Marble cake itu bersama caramel pudding yang juga sedap teramat

Z, N, J, R, I, A, M; turutan mengikut kiri. Bff iolls takda :/

Beg weolls memang demanding nak seat mereka sendiri

Multi-tasking, sibuk berkamera dengan makan

Untuk tahun ni weolls belum decide lagi dimana weolls nak berbuka. Nanti malam sikit iolls google tempat yang best best untuk berbuka. Kalau uolls ada suggestion boleh lah komen di bawah entri ni. Jangan takut iolls tak makan orang. Uolls cuma komen sebab bedak sejuk muntah belut tu, tak baik tau. Iolls selalu tertanya tanya siapakah pembaca senyap iolls.

Okaylah iolls nak pergi memakan ubat-ubatan iolls yang 10 biji semuanya perlu iolls makan sekaligus. Pengsan iolls. But alhamdulillah lepas iolls cucuk tadi pagi, semua kegatalan itu telah pergi jauh dan iolls harap ianya akan pergi jauh selama lama nya. Okay lah, ciao uolls.

Salam Ramadhan. Hope weolls can make it until hujung Ramadhan, insyaallah

PS: Iolls tak dapat upload photos launching Resort Natasya last week sebab tempat tu masih tak siap lagi jadi pihak Natasya tundakan tarikh launching itu. Tapi iolls tak tahu pula bila launchingnya sebab setahu iolls kenduri kawan iolls bersama tunangnya Jimmy Yezza yang fofular itu dalam bulan hadapan. Jadi untuk pembaca i, tunggu okay nanti iolls pasti upload. Sekian harap maklum.

2 comments:

reena said...

I nampak *Ehem*. Haha. Anyway, lawak la u tulis iolls weolls. Cam comel je. Hehe.

Melissa R. said...

lol tetiba ja i tadi. ehem aka nicknamenya md, hehe