So tadi for dinner i went to Subway sebab teringin sangat the tuna sandwich and Mr. Boyfriend so baik hati nak take me out today so i got what i wanted. Then otw balik singgah kat D-Lima jap and lucky me, nampak berbotol-botol bedak sejuk dalam kedai tu and i bought one :))
Before nak pakai i Googled-up the benefits of wearing bedak sejuk, so now i nak share with all my readers kebaikan bedak sejuk. The benefits are; bagi kulit tegang, mengelakkan jerawat tumbuh, bagi kesegaran to our skin, bantu sejukkan kulit, mengurangkan sebum/minyak and lots more kebaikan to our skin.
Bahan-bahan nak buat bedak sejuk contohnya macam beras, bunga melur, bunga tanjung, bunga cempaka, air pandan and such. Kalau buat cara tradisional bahan-bahan lebih banyak ditambah macam akar-akar kayu, kunyit, jintan manis, cekur etc. Bedak sejuk tradisional dan bedak sejuk botol (like the one i bought) yang dah ready made tu tak sama benefitnya. Obviously the ones yang buat cara tradisional lebih banyak kebaikannya. Selalunya pembuatan bedak sejuk ala tradisional disulam dengan bacaan zikir, selawat dan a few pantang-larang. Contohnya if dalam proses buat tu, bedak sejuk tu tak boleh kena air hujan walaupun setitik. Orang tua dulu-dulu guna air embun kalau nak buat bedak sejuk ni. Sebab kalau kena hujan, nanti bila pakai di muka akan bagi kesan buruk macam pimples and such, and also bedak sejuk tu bila di pakai nanti berbau.
So sebelum nak pakai, i suggest you guys test-on kat tangan dulu. Kalau bau busuk semacam tu tak payah la nak mengagah pakai jugak kan? Kalau takda bau, continue lah pakai. Cara pakai sama macam nak pakai masker. Kalau taktau cara macamana nak pakai bedak sejuk, boleh lah tanya kepada ibu-ibu, bapak-bapak, tok-tok di luar sana yaa.
Have fun playing with your bedak sejuks people!
4 comments:
Dah lama gila tak pakai bedak sejuk. Last masa budak2 kot?
tu la pasaaaal. serious i rasa dah 20 tahun kot tak jmp bedak sejuk ni :)
Cold Powder!
kat oversea pasti takda! ;)
cold powder? lol. kat oversea sudah tentu takda :D
Post a Comment