Kenapa manusia susah nak tengok orang lain senang dari diri sendiri? Kenapa kaum Melayu selalu mendengki sesama sendiri? Tak paham kenapa hasad dengki tu perlu ada.
Kalau dah si polan dimurahkan rezeki dengan harta benda, itukan rezeki dia. Kenapa perlu nak mengutuk atau mengata? Mungkin yang nampak cuma luaran diri dia, tapi dalaman dia, macamana dia bersusah payah nak dapatkan sesuatu, yang tu kita taktau kan?
Perlukah dia hebahkan everything from A to Z? Kalau tulis cerita sedih, nanti orang cakap minta simpati pula. Kalau tulis cerita yang seronok, orang cakap takbur pula. Habis tu macamana? Nak buat apa pun serba tak kena.
Rezeki kan semua kurniaan Allah SWT. Kalau seseorang tu dikurniakan rezeki, kita sepatutnya tumpang gembira. Tak perlulah nak tengok pics si polan lepas tu tulis dan kata macam macam benda tak elok pasal si polan. Sedangkan si polan ni tak minta sedekah pun. Jadi kenapa perlu nak kutuk si polan? Is it because diri tuan pengutuk tu tak punya atau tak mampu nak ada apa yang si polan ada? Mungkin diri si pengutuk tu in a denial. Takkan sesekali mengaku yang dirinya iri hati dan cemburu terhadap si polan when the fact is, itulah kebenarannya.
Its as easy as this, if you dont like that person, dont bother nak ambil tau anything at all about that person sebab kalau tengok diri sendiri yang benci dan sakit hati tengok kesenangan orang lain kan? Dari nak tambah dosa yang dah sedia banyak tu, lebih baik cegah sebelum dosa tu bertambah banyak lagi.
Takda sapa pun yang perfect kat dunia ni. Tak salah kalau seseorang nak belajar agama walaupun pada dulunya dia ni mungkin seorang pelacur (Sila baca balik kisah kisah di zaman Rasulullah). Tak salah kalau seseorang mampu beli penthouse dengan usaha sendiri walaupun pada dulunya dia mungkin cuma seorang penoreh getah. Tak salah kalau seseorang nak war war-kan kebahagian di medium blognya, kerana that is her blog. She didnt invite you to read it.
Walau sehina, sebusuk mana seseorang tu dipandangan mata kamu, satu hari nanti that person might prove you wrong. Sebab yang kaya tak selamanya kaya dan yang miskin tak selamanya miskin. Semuanya terjadi dengan izin Allah SWT. Jadi tak perlu nak takbur dan mendabik dada saying you're better than the rest. Sebab dengan izin Tuhan, sekelip mata boleh hilang.
So if a person berbangga dengan hasil usahanya, tak perlu nak terasa iri hati. Tak dapat apa apa manfaat pun untuk diri sendiri. Even if that person tak berusaha, tapi kalau dah namanya itu rezeki dia, Allah SWT knows best kan kenapa si dia diberi kurniaan itu dan kenapa tidak diri kita.
Its not up for us to say siapa yang lebih berhak. Kita bukannya Tuhan.